Keputusan PRU-14 PDM Kg Bingolon Kudat

Untuk pertama kali, PRU14 pada 9 Mei 2018 yang lalu diadakan di kampung Bingolon iaitu bertempat di bangunan tadika SK Bingolon Kudat.

Bangunan tadika SK Bingolon

Satu penambahbaikan sistem pilihanraya oleh SPR untuk melancarkan proses mengundi kerana pengundi tidak perlu lagi ke PDM Kampung Tambuluran atau mana-mana PDM lain untuk membuang undi sehinggakan perlu menunggu berjam-jam lamanya dalam keadaan sesak dan cuaca panas seperti mana pengalaman ketika kali pertama saya membuang undi pada PRU-13 pada tahun 2013 yang lalu.

Tepat jam 8.00 pagi proses mengundi dimulakan dan berakhir awal pada jam 2.15 petang dan selepas itu tepat jam 3.00 petang proses pengiraan undi dilakukan oleh SPR dan wakil-wakil setiap parti politik yang bertanding.

Sebahagian pengundi yang turun menjalankan kewajipan

Proses pengiraan undi kemudiannya berakhir lebih kurang 1 jam kemudian dan keputusan yang diperolehi adalah seperti berikut.


1. Untuk calon ADUN :

BN = 93
PKR = 113
PCS = 43
STAR = 19
PKS = 4

Kertas undi ditolak = 4
Kertas undi meragukan = 1


2. Untuk calon PARLIMEN :

BN = 89
WARISAN = 71
PCS = 55
HARAPAN RAKYAT = 59

Kertas undi ditolak = 3
Undi rosak = 5

Jumlah pengundi yang keluar mengundi ialah seramai 277 orang bersamaan 74.0 % daripada senarai keseluruhan iaitu sebanyak  374 orang.

Lampiran kertas kiraan undi 

Antara petugas SPR PDM Bingolon


Comments

Popular Posts