Lama betul
tidak mengupdate blog. Untuk tahun 2019 ini, inilah tulisan dan posting saya
yang pertama.
Ya, beginilah bila berada di alam perkerjaan maka sentiasa ada saja kesibukan jadi kalau tidak ambil masa untuk menulis memang tidak terupdate lah blog saya yang tidak seberapa ini.
Tapi apa pun
untuk kali ini saya mahu merajinkan diri untuk meng-update blog saya ini memandangkan post kali ini amat special bagi saya kerana
inilah salah satu hari yang sangat besar bagi saya dimana pada 25 mei 2019 bersamaan hari sabtu bertempat di Wisma Wanita Likas (punya skema ayat hahaha) saya telah melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan yang saya kenali lebih dari 10 tahun.
Jadi disini saya ingin berkongsi beberapa keping gambar pada hari perkahwinan kami sebagai tatapan kepada
kawan-kawan atau siapa sahaja yang mengenali kami yang tidak berkesempatan datang meraikan hari besar kami itu.
|
Detik dalam gereja dimana ayah mentua menyerahkan anaknya kepada pengantin lelaki |
|
Pembacaan aku janji |
|
Keluarga pengantin lelaki |
|
Bergambar diluar gereja |
|
Persalinan kedua, dalam dewan. |
|
Persalinan ketiga, pakaian tradisional Rungus |
Jadi itulah dia beberapa keping gambar pada hari perkahwianan kami itu. Sememangnya saya sangat bersyukur kerana akhirnya kami sudah pun melalui hari perkahwinan yang sememangnya mendebarkan bagi siapa-siapa pun.
Saya juga sangat berterima kasih kepada semua hadirin yang datang untuk memeriahkan hari besar kami meskipun tetamu yang hadir tidak mencapai sasaran kami iaitu seramai 300 orang tetamu untuk 30 buah meja.
Tidak lain dan tidak bukan ialah kerana faktor lokasi perkahwinan kami yang agak jauh dari kampung membataskan kehadiran orang-orang kampung lebih-lebih lagi pada hari tersebut ada 2 lagi majlis perkahwinan dari kampung saya yang melangsungkan perkahwinan pada tarikh yang sama.
Apapun semuanya sudah selesai dan akhrnya kami dapat menarik nafas lega malah majlis juga berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Ramai juga yang memberikan hadiah tidak kira dalam bentuk wang dan juga barang. Yang paling kami berterimakasih dan hargai ialah kerana ada seseorang yang memberikan kami hadiah angpow sebanyak RM1000.00 cuma saya tak mau sebut namanya disini untuk tujuan privacy kerana risau nanti kalau ada orang kahwin yang seterusnya mengharap kena bagi 1k daripada orang tersebut.Hahaha
Okaylah sampai disini sahaja tulisan saya untuk kali ini, untuk tulisan seterusnya saya akan berkongsi pula tentang persiapan kahwin kami termasuk kos perbelanjaan dan apa-apa yang berkaitan. Nantikan. Sekian dan terima kasih.
Comments
Post a Comment