Novahool FC Juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Kaamataan anjuran Jesselton Reds 2017

Seramai 18 pasukan bola sepak sekitar Kota Kinabalu telah mengambil bahagian dalam kejohanan bola sepak 9 sebelah yang julung kalinya dianjurkan oleh Jesselton Reds iaitu salah sebuah kelab peminat Liverpool Kota Kinabalu.

Banner kejohanan


Kejohanan selama dua hari yang diadakan di padang Hungab Penampang bermula pada sabtu 22.4.17 sehingga 23.4.17 menyaksikan pertandingan diadakan dalam keadaan padang yang becak disebabkan hujan yang turun sejak beberapa hari sebelum kejohanan.

Aksi final mempertemukan team Novahool FC dan pasukan penganjur iaitu JReds FC dengan kemenangan memihak kepada Novahool FC setelah berjaya menewaskan JReds FC 3-2 melalui penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan sehingga tamat masa permainan sebenar.

Tahniah kepada pasukan Novahool FC yang telah menjuarai kejohanan tersebut.

Barisan pemain dan pengurusan

Berdiri dari kiri: Rizal, Andras, Judan, Diouf, Kenny, Frenzy   Bawah: Rickson, Dosrin, Buni, Ahal, Anang, Delmon


Presiden Novahool FC tuan Tony Robert bergambar kenangan bersama presiden Jesellton Reds(penganjur)

Sempat mengambil gambar dengan pengajur dalam keadaan berlumpur.
Pasukan tempat pertama, kedua dan ketiga.




Comments

Popular Posts