Sean Garnier - Freestyle Football World Champion

Freestyle football adalah satu permainan bola sepak gaya bebas yang memperagakan kemahiran, kebijaksanaan dan juga kreativiti seseorang dalam memperlakukan bola mengikut kemahuan sendiri. Freestyle football tidak memerlukan kawan atau padang selain hanya memerlukan sebiji bola disamping alunan muzik untuk menjadikan permainan/persembahan seseorang performer itu menjadi lebih menarik.

Salah seorang individu yang tidak asing lagi dalam dunia freestyle football ialah Sean Garnier iaitu seorang freestyler dari Francis yang telah dinobatkan sebagai juara dunia pada tahun 2008 dalam kejohanan Red Bull Street Style World Finals di Sao Paulo, Brazil.

Ringkas, siapa Sean Garnier?
Asalnya dia adalah seorang pemain bola sepak walaubagaimanapun kerana ditimpa kecederaan yang berterusan, memaksa beliau meninggalkan impiannya untuk menjadi pemain bola sepak profesional. Setelah itu dia menjadi seorang pengajar Bola Sepak di Paris dan pada 2006 menemukkan satu gaya permainan bola sepak gaya bebas yang menggabungkan tarian dan skil-skil bola sepak.

Video-video dibawah ini adalah antara video yang menunjukkan kehebatan beliau sebagai juara freestyle dunia.  Enjoy...!!!
















Comments

Popular Posts