Pengalaman sakit gigi

Seingat saya sejak saya kecil sampailah umur saya 28 tahun sya tidak pernah sama sekali mengalami sakit gigi, tiba-tiba tidak disangka datang  pula sakit gigi.




Aduhhhh memang perit rasany.jangan kata mau makan, mau minum pun susah apalagi mau tidur dengan gusi yang membengkak dan berdenyut 24 jam terutama sekali waktu malam.

Apa yang menjengkelkan air liur juga tidak berhenti keluar dan terpaksa berulangkali masuk ke bilik air untuk membuang ludah.

Selain itu, makan pun terpaksa makan bubur sahaja sebab memang tidak akan dapat mengunyah makanan.

Apa yang lebih teruk jangan hairan kalau anda juga akan dilanda selsema/demam dan sakit-sakit badan sehingga berlanjutan 3 atau 4 hari.

Hmmm... memang agak tekanan juga sebab tidak ketentuan hidup jadinya. Begitulah pengalaman saya.

Beberapa jenis ubat sakit gigi yang saya gunakan untuk melegakan sakit gigi. boleh didapati difarmasi atau melalui doktor.

Okay lah itu sahaja perkongsian saya harap sedikit-sebanyak membantu anda yang sakit gigi.

Pesanan saya jagalah gigi anda dengan selalu membersihkan gigi dan mengelakkan makanan manis yang boleh menyebabkan sakit gigi. Sekian dan terima kasih.

Comments

Popular Posts